MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Tuesday, January 24, 2012

Berpindah ke blog baru

»»  read more

Saturday, December 31, 2011

Jom sertai..."PERTANDINGAN VIDEO ISLAMIK KREATIF-MTEN 2012"



(Blog ini merupakan blog sementara MTEN memandangkan terdapat masalah teknikal untuk mengakses blog baru MTEN. Sebarang maklumat akan dimuatkan dalam blog ini sehinggalah masalah diselesaikan. Kesulitan amat dikesali)




SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan video ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa PPISMP/PISMP/KPLI IPG Kampus Pendidikan Islam secara individu atau kumpulan atau usrah.

2. Panjang klip video hendaklah TIDAK melebihi lima minit. Video anda mestilah asli tanpa menciplak hasil karya orang lain yang sedia ada.

3. Setiap klip video yang dihasilkan DILARANG sama sekali untuk memuatkan perkara-perkara yang berikut:

* Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syarak, contohnya percampuran bebas lelaki perempuan, mendedahkan aurat, hiburan terlampau dan sebagainya.

* Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak, persatuan atau organisasi dengan sengaja dan melampau-lampau.

* Bersifat perkauman.

*Unsur-unsur lucah baik terlampau atau kecil-kecilan; carutan dan cacian makian juga tidak dibenarkan.

4. Klip video anda boleh jadi dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentari atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti dengan menggunakan sebarang perisian yang sesuai.

5. Setiap video yang dihantar mestilah diberi tajuk : “Pertandingan VIK-MTEN  ’12: [Nama Klip Video Anda]”.

6. Setiap video penyertaan akan menjadi hak milik MTEN untuk tujuan dakwah.

7.Klip-klip video anda juga akan digunakan secara meluas dan berhak digunakan oleh sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah dan tarbiyah.

8.Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, unsur-unsur islamik yang memberi kesan kepada penonton dan hakim.

9.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Januari 2012.

10. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH DAN PENGHARGAAN

1. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur.

2. Pemenang pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM150.00, pemenang kedua RM100.00 dan ketiga RM50.00.

Disediakan oleh : Lujnah Publisiti dan Penerbitan MTEN
»»  read more

Saturday, April 9, 2011

Liqa' Nuqaba (SIRI PENDIDIKAN DAKWAH 1: STRATEGI DAKWAH BERKESAN)

»»  read more

Thursday, March 24, 2011

Kemaruk Harta Bathil???






Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.
Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.
Allah swt berfirman :
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2)
Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.
Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. Ada yang bertanya kepada saya:
"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"
yang lain pula bertanya :
"Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"
Saya kira, soalan ini dikethaui jawapannya oleh penanya, tetapi ada sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan.
"bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka  mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil' Jawab saya ringkas.
Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.
Syeikh Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu sendiri” ( Tafsir Al-Manar, 2/195)
STANDARD ISLAM BAGI MASYARAKAT MAJU
Justeru sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, berkepimpinan cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya membentuk rakyat sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Sanggup dan 'ringan tulang ', bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.
Hanya dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan, demikian juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan lain-lain jenayah. Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan hartabenda, kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana.
Kerana itulah Allah swt berfirman ;
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
Ertinay : ..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.. (Al-Hasyr : 7)
Namun apabila bab hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar, gejala negatif akan meningkat.
Nabi bersabda :
ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة
Ertinya : Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan diperolehi bau syurga ( sekalipun) ( Riwayat Al-Bukhari, kitab al-ahkam, no 6731)
MAKAN HARTA BATHIL
Allah berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 188)
Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu perumpamaan.
Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :
ما لا يحل شرعاَ لأن الشرع نهى عنه ومنع منه وحرم تعاطيه كالربا والغرر ونحوهما والباطل ما لا فائدة فيه
Ertinya : Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat ( buat Islam)
Imam Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil. Beliau menyimpulkan
من أخذ مال غيره لا على وجه إذن الشرع فقد أكله بالباطل 
Ertinya : Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.
Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada
ما لم يكن في مقابلة شيء حقيقي وهو من البطل
Ertinya : Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.
KALAU MENANG DI MAHKAMAH?
Mungkin ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehkaiman dan mahkamah, mereka berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta  yang pada asalnya bukan miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.
Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:
ومن أكل بالباطل أن يقضي القاضي لك وأنت تعلم أنك مبطل فالحرام لا يصير حلالا بقضاء القاضي , لأنه إنما يقضي بالظاهر وهذا إجماع في الأموال
Ertinya : Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu  (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’  dalam bab harta (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)
Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar,  8/632, no 3920 )

KESIMPULAN
Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.
Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-
a.       Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,
b.      Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,
c.       Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,
d.      Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.
e.       Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.
f.        Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.
g.       Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.
h.      Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.
i.        Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.
j.        Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.
k.      Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.
l.       Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.
Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai ramai yang kemaruk wang bathil, sabda nabi:
لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
22 Mac 2011
»»  read more

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab